Saturday, 16 March 2013

Peranan Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA)


FOMCA merupakan gabungan persatuan-persatuan pengguna-pengguna Malaysia. Ia merupakan sebuah pertubuhan sukarelawanyang menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat,pendidikan dan perlindungan kepenggunaan.

Diantara peranan FOMCA ialah :)

  • Sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat
  • Sebuah badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna
  • Sebuah badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna
  • Sebuah badan yang menyiasat,membuat kajian dan ujian untuk memperoleh maklumat yang benar

Untuk makluat lanjut, 
anda boleh melayari laman web FOMCA :)
http://www.fomca.org.my/v2/index.php/mengenai-fomca

Peranan KPDNKK


Latar belakang penubuhan KPDNKK :)

  • Ditubuhkan pada 27 Oktober 1990
  • Matlamat : menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna
Peranan KPDNKK :)

  • Menentukan dan memantau harga barang-barang keperluan
  • Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang keperluan
  • Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia
  • Menyelaraskan dasar,keperluandan aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum,petrokimia dan gas
  • Melesenkan urusniaga jualan langsung
  • Melaksanakan peraturan timbang dan sukat
  • Menyelaraskan perkara mengenai perbadanan,syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan
  • Menggalakkan amalan tadbir urus korperat yang baik
  • Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan hak intelek
  • Melaksanakan program pendidikan pengguna
  • Memperkukuh program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna
  • Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan

Untuk maklumat lanjut mengenai KPDNKK, anda boleh melayari:) http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk/profil/latarbelakang;jsessionid=042B103319E48A

Peranan Tribunal Pengguna


  • Merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengendali tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah akta dan tertakluk kepada peruntukkan Akta Perlindungan Pengguna 1999
  • Sebelum penubuhan tribunal ini,segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit,kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah diantara sebab-sebab penggguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika amaun yang dituntut adalah kecil,walaupun pada masa ini sudah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutang yang tidak melebihi RM5,000
  • Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah,murah dan cepat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari  laman web Pusat Khidmat Pengguna Nasional :)
http://www.nccc.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/tribunal/tribunal-tuntutan-pengguna

Peranan Kelab pengguna PSA Kepada Komuniti Setempat

          

  • Memberi peluang kepada ahli-ahli kelab memaklumkan tentang aktiviti yang sedang dirancang dan telahpun dilaksanakan serta pencapaian kelab kepada rakan pelajar yang bukan ahli kelab,guru-guru serta masyarakat setempat
  • Menyediakan saluran kepada ahli-ahli kelab untuk menyampaikan pandangan dan pengetahuan mereka tentang hak-hak sebagai pengguna kepada masyarakat setempat dan secara tidak langsung memupuk minat dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya hak sebagai pengguna
  • Mewujudkan semangat kerjasama dan menjalinkan kemesraan di kalangan ahli kelab dan masyarakat
  • Pemangkin menyemarakkan penerapan ilmu-ilmu kepenggunaan kepada masyarakat
  • Memberi khidmat nasihat dan maklumat terkini kapada masyarakat setempat

Objektif Kelab Pengguna PSA



  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai hak dan tanggungjawab sebagai pengguna dan isu-isu kepenggunaan semasa di kalangan pelajar
  • Meningkatkan pengalaman,kemahiran dan kepimpinan di dalam hal-hal kepenggunaan
  • Menggalakkan pelaksanaan program atau aktivit kepenggunaan di peringkat sekolah
  • Mengukuhkan jaringan kerjasama di kalangan pelajar dalam membuat keputusan dan menyuarakan pendapat dalam hal-hal kepenggunaan
  • Membentuk generasi muda yang rasional dalam membuat keputusan pembelian barangan atau perkhidmatan dengan mengambil kira faktor harga,kualiti,keselamatan,penggunaan sumber,ekologi dan keadaan ekonomi semasa
  • Mewujudkan kumpulan generasi baru yang bermaklumat,bijak dan bertanggungjawab

Pengenalan



Dalam sistem pasaran yang semakin kompleks,kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah peniaga atau pembekal mahupun pengguna. Sehubungan itu,ilmu kepenggunaan bukan lagi merupakan pilihan tetapi keperluan bagi kita semua yang setiap masa memainkan peranan sebagai pengguna,peniaga dan pembekal. Dengan menjadi pengguna yang bermaklumat,kita akan sentiasa berwaspada terhadap barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran supaya kita memperoleh barangan atau perkhidmatan yang memberi nilai untuk wang yang dibelanjakan.Bagi mewujudkan situasi yang selamat,Kelab Pengguna Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyediakan pelbagai landasan kepada para pengguna untuk menangani isu-isu yang membabitkan perlindungan hak-hak pengguna samada dari sudut pemberian khidmat nasihat,penguatkuasaan undang-undang mengikut akta yang telah ditetapkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna untuk membolehkan pengguna membuat aduan sekiranya mereka hak pengguna mereka dicabuli.Kelab ini disertai oleh pelajar-pelajar semester 2 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sesi Jun 2012. Penubuhan kelab ini juga dapat mengeratkan hubungan mesra antara ahlinya dan pelajar-pelajar yang lain.