Saturday, 16 March 2013

Peranan Tribunal Pengguna


  • Merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengendali tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah akta dan tertakluk kepada peruntukkan Akta Perlindungan Pengguna 1999
  • Sebelum penubuhan tribunal ini,segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit,kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah diantara sebab-sebab penggguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika amaun yang dituntut adalah kecil,walaupun pada masa ini sudah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutang yang tidak melebihi RM5,000
  • Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah,murah dan cepat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari  laman web Pusat Khidmat Pengguna Nasional :)
http://www.nccc.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/tribunal/tribunal-tuntutan-pengguna

No comments:

Post a Comment